Ejaan Baku
|
Sebutan
Standard
|
Sebutan
Sampel
|
Sebutan
Dialek
|
makan
|
[makan]
|
[makaŋ]
|
[makaŋ]
|
telur
|
[tƏlur]
|
[telo]
|
[telo]
|
gajah
|
[gaǰah]
|
[gaǰôh]
|
[gaǰôh]
|
kipas
|
[kipas]
|
[kipah]
|
[kipah]
|
ikan
|
[ikan]
|
[ikaŋ]
|
[ikaŋ]
|
jalan
|
[ǰalan]
|
[ǰalaŋ]
|
[ǰalaŋ]
|
tidur
|
[tidur]
|
[tido]
|
[tido]
|
dalam
|
[dalam]
|
[dalaŋ]
|
[dalaŋ]
|
besar
|
[bƏsar]
|
[bƏso]
|
[bƏso]
|
kecil
|
[kƏcil]
|
[kƏcik]
|
[kƏcik]
|
tandas
|
[tandas]
|
[tandah]
|
[tandah]
|
pinjam
|
[pinǰam]
|
[pinǰaŋ]
|
[pinǰaŋ]
|
keras
|
[kƏras]
|
[kƏrah]
|
[kƏrah]
|
Semalam
|
[sƏmalam]
|
[mareŋ]
|
[mareŋ]
|
Rabu, 28 Mac 2012
Sosiolinguistik 18:Transkipsikan mengikut dialek Terengganu (Siri 4)
Berikut merupaka
contoh-contoh perkataan yang ditranskipsikan mengikut dialek Terengganu. Perkataan-perkataan ini ditranskipsikan berpandukan
percakapan masyarakat Terengganu pada masa kini. Dialek inilah yang membezakan
sebuah negeri mahupun daerah dengan daerah ataupun negeri lain.
Selasa, 27 Mac 2012
Sosiolinguistik 17: Konsep Menghintung dalam Dialek Terengganu (Siri 3)
Konsep
Menghitung
Sepertimana yang kita
semua sedia maklum, konsep menghitung merupakan salah satu konsep yang sering digunakan
semua manusia di dunia untuk menjumlahkan sesuatu benda mahupun objek tertentu.
Konsep menghitung ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
seharian. Sebagai contohnya, pada masa kini kanak-kanak diajar menghitung dan
mengira sejak dari bangku persekolahan lagi.
Dalam dialek antara negeri-negeri
konsep menghitung adalah sama sahaja misalnya menggunakan konsep sa, puluh,
ratus, ribu dan seumpamanya. Namun yang membezakan antara mereka mengenai
konsep menghitung ini adalah berkaitan dengan bunyi yang diujarkan oleh para
penutur di negeri masing-masing dalam menghitung sesuatu angka.
Dalam dialek
Terengganu, konsep menghitung digambarkan dengan perkataan se, due, tige,
empak, lime, enang, tujuh, lapang, milang dan sepuloh. Menurut Asmah Haji Omar,
1990: 176, perkataan membilang merupakan kata yang lebih kerap digunakan oleh
orang Melayu. Dalam bahasa Melayu,
konsep urutan bilangan mempunyai bentuk dan susunan yang tersendiri. Dalam perkataan lain, urutan dinyatakan dalam
bentuk kata bilangan ordinal iaitu terdiri daripada struktur ke + nombor,
misalnya dalam dialek Terengganu disebut sebagai kedue, ketige, keempak,
kelime, keenang, ketujoh dan seterusnya. Untuk memahami dengan lebih jelas
akan ditunjukkan dalam jadual di bawah bersertakan dengan transkipsinya sekali.
Bahasa
Standard
|
Dialek
Terengganu
|
Transkripsi
|
satu
|
/se/
|
[sə]
|
dua
|
/Due/
|
[du ə]
|
tiga
|
/tige/
|
[tigə]
|
empat
|
/Empak/
|
[əmpak]
|
lima
|
/Lime/
|
[lim ə]
|
enam
|
/Enang/
|
[ənãŋ]
|
tujuh
|
/tujoh/
|
[tujoh]
|
lapan
|
/Lapang/
|
[lapaŋ]
|
sembilan
|
/Milang/
|
[səmbilaŋ]
|
sepuluh
|
/Puloh/
|
[puloh]
|
Contoh Penggunaan
Perkataan dalam Ayat
i.
/# diə dapak təpat kətigə
dalaŋ pətandiŋaŋ pεsta patuŋ #/
/# dia mendapat tempat ketiga dalam
pertandingan pesta pantun #/
ii.
/# moto itu bəhargə lapaŋ
ribu riŋgit #/
/# motosikal itu berharga lapan ribu
ringgit #/
Isnin, 26 Mac 2012
Sosiolinguistik 16: Kajian tentang Konsep Warna dalam Dialek Terengganu (Siri 2)
Konsep warna
Dalam dialek Terengganu, terdapat banyak warna yang
dituturkan menggunakan dialek Terengganu dalam kehidupan seharian mereka. Akan
tetapi secara khususnya terdapat beberapa warna yang utama dalam dialek
Terengganu iaitu putih, hitam, merah, hijau, kuning, hijau dan biru. Empat
dari warna-warna tersebut boleh dikatakan sebagai warna asas iaitu puteh,
hitam, merah dan hijau.
Seperti dialek-dialek di negeri lain, dialek Terengganu
turut disertakan dengan tiap-tiap kata nama yang mempunyai tambahan-tambahan
yang berkaitan dengan bunga-bungaan, daun-daunan dan juga benda-benda alam lainnya
untuk menyatakan berbagai-bagai kelainan dari warna itu. Akhiran 'n' dalam
sesuatu perkataan di tambah dengan huruf 'g'. Contoh perkataan dan contoh ayat
dalam dialek Terengganu dapat ditunjukkan pada jadual di bawah ini.
Ejaan baku
|
Sebutan standard
|
Ejaan dialek dalam perkataan biasa
|
Sebutan sampel
|
Sebutan dialek
|
Merah
|
[ me͂ rôh]
|
Meroh merang
Meroh daroh ikang
Meroh jambue
|
[məroh meraŋ]
[məroh daroh ikaŋ]
[mƏroh
jambue]
|
[məroh meraŋ]
[məroh daroh ikaŋ]
[mƏroh
jambue]
|
Puteh
|
[PutƏh]
|
Puteh lepuk
Puteh siot
|
[putεh ləput]
[PutƏh siot]
|
[putεh ləput]
[PutƏh siot]
|
Hitam
|
[Hitam]
|
hitang legang
hitang maneh
|
[hitaŋ legaŋ]
[hitaŋ manƏh]
|
[hitaŋ legaŋ]
[[hitaŋ manƏh]
|
Hijau
|
[Hijau]
|
ija pucuk pisang
ija tuee
ija mude
ija pekak
|
[ija pucuk pisaŋ]
[ija tuƏ]
[ija mudƏ]
[ija pekok]
|
[ija pucuk pisaŋ]
[ijautuƏ]
[ija mudƏ]
[ija pekok]
|
Terdapat
banyak lagi konsep warna yang dituturkan mengikut loghat ataupun dialek
terengganu yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Disamping empat
warna yang utama dalam masyrakat Terengganu dan terbitan-terbitannya itu,
terdapat juga rujukan warna yang tidak menggunakan sebarang kata warna, tetapi
disebaliknya menimbulkan konsep warna dengan memilih benda-benda yang dicirikan
oleh warna-warna tertentu. Misalnya pucuk pisang, kulit manggis, buah langsat
dan sebagainya.
Dalam menggunakan ungkapan-ungkapan ini tidak diperlukan
bantuan sebarang kata nama warna. Misalnya ” warna kulit ayah itu seperti buah
langsat”. Secara kesimpulannya boleh dinyatakan bahawa pada mula-mulanya dialek
Terengganu mempunyai sistem empat warna asas yang berkembang menjadi kepada
banyak warna-warna yang seterusnya. Dialek Terengganu juga menunjukkan bahawa
dialek Terengganu secara langsung membuat rujukan kepada benda-benda untuk
menyatakan warna, dan ini adalah satu petunjuk tentang cara tunbuh dan
kembangnya konsep warna pada amnya.
Contoh Penggunaan Perkataan dalam Ayat:
i.
/# baju adək warnã ija pucuk pisaŋ
#/
/# baju adik berwarna hijau pucuk pisang
#/
ii.
/# səlεndaŋ itu bərwanə
məroh daroh ikaŋ
#/
/# selendang itu berwarna məroh darah ikan #/
P/s: Data ini merupakan sebahagian daripada tugasan untuk kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang telah saya lakukan melalui temu bual masyarakat Terengganu.
P/s: Data ini merupakan sebahagian daripada tugasan untuk kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang telah saya lakukan melalui temu bual masyarakat Terengganu.
Langgan:
Catatan (Atom)
