Selasa, 27 Mac 2012

Sosiolinguistik 17: Konsep Menghintung dalam Dialek Terengganu (Siri 3)


Konsep Menghitung
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, konsep menghitung merupakan salah satu konsep yang sering digunakan semua manusia di dunia untuk menjumlahkan sesuatu benda mahupun objek tertentu. Konsep menghitung ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya, pada masa kini kanak-kanak diajar menghitung dan mengira sejak dari bangku persekolahan lagi. 

Dalam dialek antara negeri-negeri konsep menghitung adalah sama sahaja misalnya menggunakan konsep sa, puluh, ratus, ribu dan seumpamanya. Namun yang membezakan antara mereka mengenai konsep menghitung ini adalah berkaitan dengan bunyi yang diujarkan oleh para penutur di negeri masing-masing dalam menghitung sesuatu angka. 

Dalam dialek Terengganu, konsep menghitung digambarkan dengan perkataan se, due, tige, empak, lime, enang, tujuh, lapang, milang dan sepuloh. Menurut Asmah Haji Omar, 1990: 176, perkataan membilang merupakan kata yang lebih kerap digunakan oleh orang Melayu.  Dalam bahasa Melayu, konsep urutan bilangan mempunyai bentuk dan susunan yang tersendiri.  Dalam perkataan lain, urutan dinyatakan dalam bentuk kata bilangan ordinal iaitu terdiri daripada struktur ke + nombor, misalnya dalam dialek Terengganu disebut sebagai kedue, ketige, keempak, kelime, keenang, ketujoh dan seterusnya. Untuk memahami dengan lebih jelas akan ditunjukkan dalam jadual di bawah bersertakan dengan transkipsinya sekali.

Bahasa Standard
Dialek Terengganu
Transkripsi
satu
/se/
[sə]
dua
/Due/
[du ə]
tiga
/tige/
 [tigə]
empat
/Empak/
[əmpak]
lima
/Lime/
[lim ə]
enam
/Enang/
 [ənãŋ]
tujuh
/tujoh/
 [tujoh]
lapan
/Lapang/
[lapaŋ]
sembilan
/Milang/
[səmbilaŋ]
sepuluh
/Puloh/
[puloh]

Contoh Penggunaan Perkataan dalam Ayat

                                i.            /# diə dapak təpat kətigə dalaŋ pətandiŋaŋ pεsta patuŋ #/
/# dia mendapat tempat ketiga dalam pertandingan pesta pantun #/

                              ii.            /# moto itu bəhargə lapaŋ ribu riŋgit #/
/# motosikal itu berharga lapan ribu ringgit #/


0 ulasan:

Catat Ulasan