Jumaat, 6 April 2012

Sosiolinguistik 25:Pelat dalam berbahasa



Pada minggu lepas seorang rakan sekelas saya yang berbangsa Cina telah melakukan pembentangan untuk tugasan sosiolinguistik. Dalam pembentangan tersebut saya mendapati dia banyak melakukan kesalah sebutan, terutamanya bagi perkataan yang mengandungi huruf ‘r’. Antara perkataan yang salah sebutannya seperti berikut:

            Lakan              - Rakan
            Cudah              - Sudah
            Pelibahasa      - peribahasa
            Ibalat                 - ibarat
            Pekala               - perkara
            Selupa               - serupa
            Banyiak              - banyak

Masalah dalam sebutan ini mungkin disebabkan oleh faktor pengaruh bahasa ibunda yang kuat dalam diri individu tersebut. Walau bagaimanapun, seorang bakal guru bahasa Melayu perlulah fasih dalam pertuturannya walaupun bukan berbangsa Melayu. Tidak dinafikan bahawa kerancuan bahasa seperti ini, sedikit banyak akan mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan sebaliknya.

P/s: Bukan hendak mengata tetapi menegur.

Khamis, 5 April 2012

Sosiolinguistik 24: Banner


Kali ini saya ingin memperkatakan tentang kesalahan bahasa yang digunakan dalam “banner” dari aspek nahu dan tatabahasa. Semenjak akhir-akhir ini seringkali berlaku kesalahan penggunaan bahasa dalam “banner” yang dihasilkan. Contohnya adalah seperti berikut.
Jelas sekali terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dilakukan pada"banner" di atas. Penyalahgunaan hukum tatabahasa telah dilakukan pada iklan "banner" tersebut. Antara kesalahan tatabahasa yang dilakukan ialah pada perkataan "disini". Perkataan tersebut sepatutnya dijarakkan menjadi"di sini". Kesalahan susunan ayat juga berlaku pada ayat "Elakkan dari kenderaan anda disita". Ayat tersebut seharusnya berbunyi begini "Elakkan kenderaan anda daripada disita". 

Juateru, diharapkan masyarakat Malaysia terutamanya pihak yang berwajib lebih peka terhadap permasalahan ini kerana jika terus dibiarkan, tidak mustahil andainya suatu hari nanti bahasa Melayu akan lupus dan tidak lagi digunakan. 

Rabu, 4 April 2012

Sosiolinguistik 23: Dialek dalam P&P


Baru-baru ini ketika aku menjalankan pengajaran makro di dalam kelas, aku sempat mendengar perbualan seorang guru dengan pelajarnya ketika sesi rakaman Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)  berlangsung. Ketika sesi P&P itu berlangsung, aku mendapati bahawa guru tersebut menggunakan dialek daerah tersebut ketika berkomunikasi dengan pelajarnya. Antara contoh dialek yang digunakan adalah seperti berikut:
        
  Guru: Hampa jangan pelekat lagi bahan tu dalam buku latihan.

Berdasarkan komunikasi di atas jelas bahawa sesetegah guru tidak menggunakan bahasa Melayu standard dalam sesi P&P. Mungkin guru tersebut menggunakan dialek ketika berkomunikasi dengan pelajar agar pelajarnya dapat memahami sesuatu yang disampaikan dengan mudah. Walau bagaimanapun, guru tersebut seharusnya menggunakan bahasa standard dalam pengajarannya kerana dengan menggunakan bahasa standard sahaja yang akan dapat meningkatkan penguasaan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar itu sendiri.

Selasa, 3 April 2012

Sosiolinguistik 22: Bahasa rahsia


Walaupun saya bukan anggota perisik  atau polis tetapi sewaktu  di alam persekolahan dahulu saya dan rakan-rakan selalu menggunakan bahasa rahsia. Bahasa yang saya dan rakan-rakan tuturkan tidak difahami oleh orang di sekeliling dan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang mengetahui maknanya. Inilah yang dikatakan bahasa rahsia yang kami reka sendiri untuk mengungkapkan sesuatu yang dianggap peribadi dan tidak mahu diketahui oleh orang lain. Ini antara bahasa rahsia yang kami selalu gunakan semasa kami berkomunikasi antara satu sama lain.
  1. Wudah mukan ulom bermaksud sudah makan ke belum.
  2. Betak matu juji uning ma bermaksud saya mahu budak itu.
  3.   I hunyi u bermaksud saya suka kamu.
  4. Pancuh bermaksud kamu sangat penakut.

Isnin, 2 April 2012

Sosiolinguistik 21: Indahnya perumpamaan Melayu


Seloka- Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir seloka merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi unsur ejekan, sindiran dan jenaka dan digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
                 Contoh: Cantik manis putih kuning,

                                Bagai tanduk bersending gading,
                                Salah pandang akal dirunding,
                                Perangai pula laksana anjing.

Bidalan-Menurut Aripin Said, pada kebiasaannya isi kandungan bidalan mengandungi pengajaran dan fikiran yang bercirikan kebenaran dan berfungsi menyampaikan nasihat.
Contohnya:Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan     diduga- Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.


Peribahasa-Menurut Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj Hadis Melayu ialah peribahasa ataupun perumpamaan. Banyak daripadanya berasaskan pegangan agama, sebabnya setiap anjuran ke arah berbuat baik itu adalah asas ajaran Islam.
 Contohnya: Bagai pinang dibelah dua-pengantin ang sama padan.


Simpulan Bahasa-Menurut Abdullah Hussein simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan yang tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada erti yang lazim.

Contohnya: Abang Angkat

Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.


Perumpamaan-Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah perumpamaan merupakan peribahasa yang mempunyai maksud yang berlainan daripada perkataan-perkataan yang membentuknya. Perumpamaan biasanya menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana, dan seperti.
Contohnya:Bagai bulan dipagari bintang.
Maksud : Kecantikan gadis yang tiada bandingannya.


Pepatah dan Petitih- Menurut Abdullah Yusof et.al. pepatah merupakan salah satu jenis peribahasa yang mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi mengandungi unsur pengajaran. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah seseorang itu sedang membuat perbilangan atau perkataan. Pepatah ini biasanya berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contohnya: Buang siriah buang bidak, buang puluik buang tingkalang, kato nan ban dipatidak sandi iman nan nyato kurang. 
Maksudnya seseorang yang pendusta yang suka merubah kebenaran, sendi keimanan yang sangat kurang.

Perbilangan- Menurut Nor Hashimah Jalaluddin perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilangan berasal daripada adat resam Melayu. Berfungsi sebagai pedoman  dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Kata-kata Pujangga- Menurut Rubiah Aksah Kata-kata pujanggan merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor. Biasanya mengandungi pengertian yang mendalam, iaitu sebagai suatu peringatan di samping menjadi panduan dalam kehidupan.

Tamsil - Menurut Kamus Dewan, tamsil ialah persamaan sebagai umpama, misalan. Tamsil adalah misalan yang berkias dan mengandungi pengajaran dan teladan.

Jumaat, 30 Mac 2012

Sosiolinguistik 20: Percampuran Kod


Sewaktu hujung minggu, saya sempat meluangkan masa di hadapan televisyen bersama kawan-kawan. Pada waktu itu, kami melihat sebuah rancangan berbentuk hiburan yang digelar “MELODI”. Rancangan itu menampilkan dua pengecara terkenal iaitu Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar. Terdapat banyak percampuran kod bahaa inggeris dan bahasa Melayu yang digunakan oleh pengecara tersebut.

Perkataan well, u see, i tak sure u mampu Dira’ antara kesalahan penggunaan bahasa yang sempat saya dengar. Sebagai pengacara televisyen yang sentiasa berhubung dengan seluruh warganegara di negara ini, sepatutnya mereka yang mengendalikan rancangan hiburan mahupun rancangan-rancangan lain patut disedarkan agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul agar tidak berlaku ‘kekacauan’ dalam berbahasa terutamanya kepada remaja yang mudah terpengaruh dengan apa sahaja di persekitaran mereka termasuklah cara berbahasa.

P/s: Walaupun rancangan ini berbentuk hiburan, tetapi penggunaan bahasa Melayu perlu dipandang serius agar bahasa Melayu itu terus kekal sepanjang hayat.

Khamis, 29 Mac 2012

Sosiolinguistik 19: Bahasa Baku [Gaduh] Vs Dialek Kelantan [Gaduh]

Pada suatu hari, sewaktu saya ingin cepat untuk ke kuliah, tiba-tiba kawan serumah saya yang berasal dari Kuala Lumpur menyapa kepada saya. Berikut merupakan antara dialog untuk menggambarkan situasi ini.

Ali     : Weh Syafiq apesal ko terburu-buru nie?
Aku   : Bro aku nak gaduh ni..dah lambat.
Ali     : Gaduh?? dekat mana..

Aku  : Maksud aku gaduh tu mahu cepat. Dalam bahasa Kelantan disebut "gaduh".
            [Aku tergelak seketika]  

Kesimpulannya, kekeliruan dalam komunikasi boleh terjadi sekiranya perkataan yang diujarkan oleh rakan kita itu belum pernah kita dengari atau fahami sebelum ini.

P/s: "Gaduh" merupakan dialek Kelantan yang membawa erti "Mahu cepat atau terburu-buru".