Walaupun saya bukan anggota
perisik atau polis tetapi sewaktu di alam persekolahan dahulu saya
dan rakan-rakan selalu menggunakan bahasa rahsia. Bahasa yang saya dan
rakan-rakan tuturkan tidak difahami oleh orang di sekeliling dan hanya saya dan
rakan-rakan sahaja yang mengetahui maknanya. Inilah yang dikatakan bahasa
rahsia yang kami reka sendiri untuk mengungkapkan sesuatu yang dianggap
peribadi dan tidak mahu diketahui oleh orang lain. Ini antara bahasa rahsia
yang kami selalu gunakan semasa kami berkomunikasi antara satu sama lain.
- Wudah mukan ulom bermaksud sudah makan ke belum.
- Betak matu juji uning ma bermaksud saya mahu budak itu.
- I hunyi u bermaksud saya suka kamu.
- Pancuh bermaksud kamu sangat penakut.
0 ulasan:
Catat Ulasan