Pada suatu hari, sewaktu saya ingin cepat untuk ke kuliah, tiba-tiba kawan serumah saya yang berasal dari Kuala Lumpur menyapa kepada saya. Berikut merupakan antara dialog untuk menggambarkan situasi ini.
Ali : Weh Syafiq apesal ko terburu-buru nie?
Aku : Bro aku nak gaduh ni..dah lambat.
Ali : Gaduh?? dekat mana..
Aku : Maksud aku gaduh tu mahu cepat. Dalam bahasa Kelantan disebut "gaduh".
[Aku tergelak seketika]
Kesimpulannya, kekeliruan dalam komunikasi boleh terjadi sekiranya perkataan yang diujarkan oleh rakan kita itu belum pernah kita dengari atau fahami sebelum ini.
P/s: "Gaduh" merupakan dialek Kelantan yang membawa erti "Mahu cepat atau terburu-buru".
0 ulasan:
Catat Ulasan