Jumaat, 23 Mac 2012

Sosiolinguistik 15:Perbandingan di antara Dialek Terengganu dengan Bahasa Melayu Baku (Siri 1)


Apabila kita melihat perbezaan antara dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku, didapati wujud beberapa kelainan yang ketara dalam bidang-bidang yang berikut iaitu bidang fonologi, morfologi, sintaksis serta leksikal. Namun dalam kerja kursus ini hanya lebih meneliti dalam bidang fonologi. Dalam bidang fonologi iaitu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan susunan bunyi-bunyi tersebut dalam satu-satu bahasa, didapati dua kelainan yang ketara di antara dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku iaitu dalam aspek pengucapan dan fonem ( Abdul Hamid Mahmood, 1990:219).

Kelainan Dalam Pengucapan

Dalam sesebuah dialek, cara pengucaapan mereka sangat berbeza dengan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya dalam dialek Terengganu pengcapannya sangat berlainan dengan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penutur dialek Terengganu mengucapkan /jalang/, /makang/, /sekut/,dan /tikuh/ untuk /jalan/, /malam/, /biskut/, dan /tikus/ dalam bahasa Melayu baku. Berikut merupakan contoh yang menunjukkan ucapan yang berlainan di antara dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku.


Ejaan bahasa Standard
Ejaan dialek Terengganu
dalam tulisan biasa
Ejaan transkripsi dalam dialek
bulan
Bulang
[bu laŋ]
akan
makang
[mãkaŋ]
sampul
sapo
[sapo]
boleh
buleh
[bu ləh]
kotor
koto
[kכtכ]
pantai
pata
[pata]
maaf
maah
[maah]
bungkus
bukuh
[bu kuh]

P/s: Data ini merupakan sebahagian daripada tugasan untuk kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang telah saya lakukan melalui temu bual masyarakat Terengganu.

Khamis, 22 Mac 2012

Sosiolonguistik 14: Bahasa Pasar Pengaruhi Anak Muda




Dalam perjalanan pulang dari kuliah petang tadi, saya menumpang kereta seorang kawan yang memasang siaran radio Sinar FM . Malang sungguh, dalam sketsa kempen mengenai Aedes dan Denggi yang disiarkan oleh station radio itu, pelakonnya melakonkan pertuturan pelat Cina yang sangat pekat dan sakit telinga mendengarnya.
Kalau ia bercakap dengan loghat (slang) Cina bolehlah juga difahami. Ini sebutan ternyata amat tersasar jauh sekali seperti “LENGI” untuk DENGGI” “OLANG untuk ORANG” “MANYAK untuk BANYAK” “LAMAI untuk RAMAI” dan banyak lagi entah apa perkataan digunakan. Sepatutnya Media Massa itu mengajar pendengar menggunakan sebutan yang tepat bukannya mempromosi Bahasa-bahasa Pasar ini.
Sewajarnya semua anak-anak merdeka yang terdidik dengan sistem pendidikan kebangsaan mestilah menguasai Bahasa Melayu dengan struktur dan sebutan yang betul tanpa pengecualian kerana ianya merupakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Negara.

Rabu, 21 Mac 2012

Sosiolinguistik 13: Indahnya Pantun Kita.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasayang digunakan sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.

Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak zaman berzaman. Dalam pantun, tersirat satu bentuk ucapan yang mengungkapkan rasa hati, melahirkan idea serta fikiran tentang kehidupan dalam rentak irama yang menarik dan menawan. Antara pantun yang masih saya ingat sampai sekarang dan menjadi salah satu pegangan dalam hidup ialah pantun berunsur nasihat.  

Daun sirih ulam Cik Da       

    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi


P/s: Pantun ini menjelaskan kepada kita untuk sentiasa merendah diri dalam apa juga situasi meskipun kita telah berada pada tahap yang tertinggi. 

Selasa, 20 Mac 2012

Sosiolinguistik 12: Menariknya Penggunaan Bahasa Berulang. !!!

Bahasa berulang merupakan bahasa yang dituturkan atau diucap berulang-ulang untuk menguatkan maksud atau tujuannya. Biasanya tujuan penggunaan ayat tersebut untuk menyatakan penegahan, kepentingan dan sebagainya.Saya juga seringkali menggunakan bahasa berulang ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekuliah. Berikut merupakan antara contoh penggunaan bahasa berulang yang digunakan oleh saya sewaktu berkomunikasi dengan rakan-rakan.

Aku    : Assalamualaikum Adam. Lama tidak nampak? baik-baik ke?
Adam : Waalaikummussalam... aku baik-baik sahaja. Ko plak?
Aku    : Aku macam biasa-biasa sahaja. Sihat sihat.
Adam : Owhhh..kamu dari mana ni?
Aku    : Tidak ada ke mana mana pom. Sahaja mahu jalan jalan kat Pekan.

Rumusan:
Kesimpulannya, bahasa berulang sering terjadi dalam percakapan seseorang namun kita tidak dapat menyedarinya akan penggunaan bahasa tersebut. Hal ini demikian keranan mungkin disebabkan oleh kita tidak tahu atau perasan akan kewujudan bahasa berulang sebelum ini.

 P/s: Bahasa Jiwa Bangsa

Isnin, 19 Mac 2012

Sosiolinguistik 11: Bahasa Badan Dalam Komunikasi

Komunikasi badan merupakan salah satu komunikasi bukan lisan yang dipamerkan oleh seseorang individu bagi menunjukkan apa yang mereka fikir, bagaimana mereka rasa dan juga apa yang mereka mahu. Komunikasi badan melibatkan kedudukan fizikal pergerakan tangan serta pergerakan badan dan ekspresi wajah seperti senyuman serta kontak mata. Komunikasi badan juga boleh memberi gambaran yang jelas tentang personaliti seseorang individu. Kita dapat mengenalpasti personaliti seseorang individu dengan memerhati komunikasi badan yang ditunjukkan oleh mereka. Berikut merupakan antara komunikasi bukan lisan yang pernah aku lakukan sewaktu berkomunikasi dengan rakan-rakan sekuliah.

1) Mimik Muka
2) Isyarat Kepala
    Menggelang-gelengkan kepala bermaksud tidak tahu.
    Menggangguk bermaksud setuju.

3) Renungan Mata
    Mata yang luas bermaksud kusyuk mendengar sesuatu perkara.
    Mata yang tajam membawa maksud memerhatikan sesuatu.

4) Tangan
Rumusan:
Kesimpulannya memahami komunikasi badan amat penting kerana personaliti seseorang individu dapat dilihat serta dikenalpasti melaluinya. Kita perlu mengambil berat dengan komunikasi badan yang ditunjukkan walaupun hanya pergerakan mata kerana di situ kita akan tahu bagaimana mereka menerima orang lain dalam persekitaran mereka.

P/s: Komunikasi badan merupakan salah satu bentuk komunikasi atau bahasa badan yang sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. 

    


Jumaat, 16 Mac 2012

Sosiolinguistik 10: Mengeratkan Perhubungan Sosial dan Peribadi

Penggunaan laras bahasa yang berbeza juga sering dikatakan dengan faktor hubungan sosial dan peribadi. Jika kena dengan larasnya, hubungan sosial dan peribadi seseorang pengguna bahasa itu akan menjadi lebih erat. Misalnya, semasa berinteraksi dengan pensyarah seseorang pelajar itu mestilah menggunakan laras bahasa yang formal yang mempunyai ciri-ciri adab sopan, tajuk perbincangan yang sesuai, pemilihan perkataan dan susunan ayat yang bertepatan bagi menjamin hubungan sosial yang erat dan sihat dengan perasaan saling menghormati.

Contoh  laras intim yang digunakan oleh seseorang ibu terhadap anaknya dapat dilihat seperti berikut. laras intim ini juga pernah digunakan oleh ibuku untuk memujuk "aku" supaya mematuhi atau mengikut kehendaknya sewaktu kecil-kecil dahulu.
"Sayang, mari sini kita mandi. Lepas tu kita pegi jalan-jalan. Nak tak?"

P/s: Penggunaan laras bahasa sebenarnya bergantung kepada situasi dan keadaan sesuatu persekitaran itu.  

Khamis, 15 Mac 2012

Sosiolinguistik 9: Bahasa Slanga

Bahasa slanga merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat ialah kata-kata yang terdiri daripada ungkapan dan sebagainya yang tidak tergolong dalam bahasa baku, seringnya digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Ia juga boleh diertikan sebagai pertuturan yang menyimpang daripada norma sebutan atau tatabahasa.

Contoh karangan pelajar yang menggunakan Bahasa Slanga


Rumusan:
Pada masa kita kita boleh lihat bagaimana pengaruh bahasa slanga begitu kuat dalam kalangan anak-anak muda. Hal ini demikian kerana terdapatnya pengaruh dalaman dan luaran yang mendorong mereka untuk berbuat sedemikian. Kita boleh lihat anak-anak muda menggunakan bahasa slanga ini ketika bermasej atau bermain facebook. Kedua-dua medium inilah yang mendorong penggunaan bahasa slanga terus berleluasa dalam kalangan anak muda. 

Istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan. Hal ini menyebabkan generasi-genarasi muda yang akan datang akan terpengaruh dengan budaya bahasa slanga yanga digunakan pada masa kini. 

P/s: Jika direnungkan sejenak apakah kesan jangka panjang jika bahasa slanga masih terus digunakan oleh generasi kini, maka dapat disimpulkan bahawa generasi akan datang akan mewarisi bahasa melayu yang telah menggunakan istilah-istilah baru.