Komunikasi badan merupakan salah satu komunikasi bukan lisan yang dipamerkan oleh seseorang individu bagi menunjukkan apa yang mereka fikir, bagaimana mereka rasa dan juga apa yang mereka mahu. Komunikasi badan melibatkan kedudukan fizikal pergerakan tangan serta pergerakan badan dan ekspresi wajah seperti senyuman serta kontak mata. Komunikasi badan juga boleh memberi gambaran yang jelas tentang personaliti seseorang individu. Kita dapat mengenalpasti personaliti seseorang individu dengan memerhati komunikasi badan yang ditunjukkan oleh mereka. Berikut merupakan antara komunikasi bukan lisan yang pernah aku lakukan sewaktu berkomunikasi dengan rakan-rakan sekuliah.
1) Mimik Muka
2) Isyarat Kepala
Menggelang-gelengkan kepala bermaksud tidak tahu.
Menggangguk bermaksud setuju.
3) Renungan Mata
Mata yang luas bermaksud kusyuk mendengar sesuatu perkara.
Mata yang tajam membawa maksud memerhatikan sesuatu.
4) Tangan
Rumusan:
Kesimpulannya memahami komunikasi badan amat penting kerana personaliti seseorang individu dapat dilihat serta dikenalpasti melaluinya. Kita perlu mengambil berat dengan komunikasi badan yang ditunjukkan walaupun hanya pergerakan mata kerana di situ kita akan tahu bagaimana mereka menerima orang lain dalam persekitaran mereka.
P/s: Komunikasi badan merupakan salah satu bentuk komunikasi atau bahasa badan yang sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian kita.
0 ulasan:
Catat Ulasan