Seringkali saya melihat terdapat banyak kesalahan penggunaan hukum D-M ketika saya berjalan di sesuatu tempat. Hal ini mungkin berlaku kerana kita lebih suka untuk mengikut struktur dalam bahasa Inggeris dan pengaruh penggunaan bahasa Inggeris itu sendiri sehinggakan kita mengenepikan bahasa Melayu. Berikut merupakan bentuk-bentuk kesalahan yang sering dilakukan dan pembetulan yang sempat saya ingat untuk dikongsi bersama.
Salah:
1-Dia menaiki mini bas.
2-Makan di Aisyah Restoran.
3-Makan maggie mee.
4-Naik Mara Ekspress.
5-Bercicahkan cili sos.
Betul
1-Dia menaiki bas mini.
2-Makan di Restoran Aisyah.
3-Makan mee maggie.
4-Naik Ekspress Mara.
5-Bercicahkan sos cili .
P/s: Hukum D-M (Diterang-Menerang)
0 ulasan:
Catat Ulasan