Bahasa rojak merupakan bahasa yang mempunyai istilah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat yang sama. Bahasa rojak dinamai dengan perkataan rojak kerana tindakan yang mencampur-adukkan bahasa boleh disamakan sepeti rojak yang bercampur-baur.
Peristiwa yang berlaku di atas merupakan satu situasi yang pernah aku alami sewaktu sedang menjamu selera di Retoran Puncak Alam bersama keluarga. Ketika itu kami sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Konvension OUM emak saudaraku. Aku terdengar perbualan mereka [Pasangan Kekasih] yang menggunakan bahasa rojak secara jelas kerana meja makan kami bersebelahan dengan meja makan mereka. Berikut merupakan antara bahasa rojak yang digunakan oleh mereka ketika berbual.
Lelaki :Bie why tak angkat call abg semalam??
Perempuan :Alaaa baby tired lah semalam.. keja shif semalam.
Lelaki :Okey... biee jom go pi Genting next weak??
Rumusan:
Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan rakyat Malaysia memang sudah terlalu ketara. Situasi sebegini boleh kita jumpa di mana-mana saja. Walaubagaimanapun, tindakan ini masih boleh dibendung dengan mengurangkan kadar penggunaannya dalam perbualan harian. Oleh itu sekiranya seseorang itu ingin berkomunikasi dalam bahasa Melayu maka lebih cantik sekiranya mereka berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu dan begitulah sebaliknya.
P/s:Cintailah bahasa kita sepenuh hati....”Bahasa Sendi Tamadun Bangsa”.
0 ulasan:
Catat Ulasan