Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal. Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Seperti diketahui umum, apabila kita berada dalam keadaan marah atau geram sudah tentu pelbagai perkataan positif dan negatif yang akan terkeluar dari mulut kita sendiri. Hal ini berlaku dalam keadaan kia separa tidak sedar atau langsung tudak sedar. Namun itulah hakikatnya kita sebagai manusia biasa. Tidak akan lari dari kesilapan dan godaan syaitan.
Situasi ini pernah juga berlaku pada saya apabila saya telah dimarahi oleh penumpang wanita yang berbangsa Cina kerana tersalah memasuki gerabak pink atau "coach pink" yang disediakan hanya untuk wanita. Pada hari itu saya tidak dimaklumkan atau mungkin saya terlepas pandang tentang perlaksanaan "coach pink" tersebut. Berikut merupakan antara kata-kata yang terkeluar dari mulut wanita tersebut.
Wanita Cina : Why you masuk dalam ini coach? Tidak tahu membaca ke?
saya :Terpinga-pinga seketika kerana dalam coach tersebut baru aku tahu yang coach pink ini khas untuk wanita.
Wanita Cina : Lain kali kamu jangan naik ini coach lagi.
saya : Hanya terdiam menahan malu..errrr
Rumusan
Jika kita ingin menegur kesalahan orang lain mestilah bijak menggunakan gaya bahasa yang halus dan cantik agar orang yang kita tegur itu tidak terasa dengan kita. Penggunaan laras bahasa yang betul melambangkan tingginya taraf pemikiran sesorang itu.
P/s: Bila saya terasa dengan seseorang saya akan kata dalam hati: mungkin saya pernah melakukan hal yang sama [marah sesuka hati]....Ya Allah ampukan saya dan dia
0 ulasan:
Catat Ulasan