Secara umumnya asimilasi bahasa berlaku dalam kalangan imigran yang telah menerima bahasa tempat mereka tinggal. pengasimilasian bahasa ini berlaku serentak dengan pengasimilasian budaya. Situasi asimilasi bahasa ini berlaku pada saya sendiri sewaktu melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di mana saya terpaksa berkomunikasi dengan rakan-rakan sekuliah meggunakan bahasa Melayu baku atau standard. Hal ini demikian kerana di UPSI terdapat pelajar yang datang dari pelbagi latar belakang, kaum dan negeri. Oleh itu kami tidak digalakkan untuk berkomunikasi dalam dialek masing-masing untuk mengelakkan tidak faham atau "Miscommunication".
Namun begitu, asimilasi bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah umpamanya kawan kita berkomunikasi dalam dialek kita manakala kita berkomunikasi dalam dialek dia. Contohnya, aku berasal dari Terengganu manakala kawan sekuliah berasal dari Sabah. Maka berlakulah percampuran bahasa dan asimilasi bahasa di mana kawan aku yang berasal dari Sabah menggunakan beberapa perkataan dialek Kelantan seperti kawe, demo, make dan sebagainya. Begitu juga aku yang menggunakan dialek Sabah seperti bah, kau, dan sebagainya.
Rumusan:
Komunikasi akan menjadi lebih berkesan sekiranya kita memahami dialek yang digunakan oleh sahabat kita dalam komunikasi dan sahabat kita juga turut memahami dialek yang kita gunakan dalam kominikasi tersebut meskipun berasal dari negeri yang berlainan. Inilah yang dikatakan menariknya asimilasi bahasa. Saling memahami dan mengaplikasikan dialek sahabat-sahabat yang berlainan negeri.
P/s: Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara.. 1 Malaysia!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan