Pagi tadi aku mendapat masej daripada seorang rakan sekuliah untuk berjumpa dengan penyelaras praktikum kerana terdapat sedikit masalah berkenaan dengan sekolah yang akan aku jalani latihan praktikum nanti. Apa yang aku ingin perkatakan disini adalah bagaimana sesuatu dialek sesuai digunakan mengikut situasi dan keadaan. Kebetulan penyelaras yang menyelaras praktikum kami berasal dari kelantan. Jadi saya lebih suka berkominikasi dalam dialek Kelantan dan beliau juga membalas pertanyaanku dalam dialek kelantan. Disini aku ingin tegaskan bahawa dialek sesuai digunakan mengikut situasi dan keadaan. Ianya bergantung kepada situasi dan kehendak individu yang terlibat. Berikut merupakan antara perkataan yang aku gunakan dalam komunikasi tersebut.
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Kawan Kawe
Bulan Bule
Terang Teghe
Tenang Tene
Bukan Buke
Tangan Tange
Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’
Ejaan Standard Dialek Kelantan
Apa Gapo
Hamba Ambo
Mana Mano
0 ulasan:
Catat Ulasan