Bahasa sindiran mengandungi maksud yang ditujukan kepada seseorang, tetapi tidak disebutkan secara tepat, hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain, kerana tidak mahu disebut secara terus-terang. Biasanya sindiran ini digunakan untuk member teguran, nasihat atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Sekiranya orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu dapat dirasakannya, seperti kata peribahasa Melayu: Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.
Situasi sindiran ini boleh dikatakan telah sebati dalam hidupku kerana aku mempunyai rakan sebilik yang bijak menggunakan kata-kata sindiran ini untuk menegur atau menasihati tingkah laku tidak baik yang aku lakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar. Berikut merupakan antara ayat-ayat sindiran yang pernah aku terima darinya.
1. Eh! Kau dah sampai ke Syafiq. Aku tak perasan plak kau ada kat sini. Almaklumlah baru 20 minit aku tunggu kau. Bas ngan teksi pon takdelah banyak sekarang nih. Kalau kau datang pagi besok pon tak kesah sebab aku memang dah ready dengan bantal dan selimut dalam beg aku nih. Ok lah Syafiq!! sekarang nih bas yang ke – 16 dah sampai pon . jom pergi!.
2. Awal ko bangun hari ni syafiq?? [waktu aku bangun lewat]
3. Aku seorang sahaja kemas rumah macam nak mampus.[sindiran ditujukan kepada orang lain yang malas mengemas yang membiarkannya mengemas sendirian]
Rumusan:
Bahasa sindiran merupakan salah satu medium yang baik untuk kita jadikan alat untuk menegur dan menasihati perbuatan sahabat-sahabat yang tidak betul. Hal ini demikian kerana, laras bahasa yang digunakan adalah lebih halus dan lembut.
P/s : Pengunaan ayat sindiran memang diperlukan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan hidup yang harmoni.
2 ulasan:
eh..ensemlah awk ni..(ikhlas ni..bukan sindiran) lalalalalalal
haha...supo ketut!!
Catat Ulasan