Rabu, 7 Mac 2012

Sosiolinguistik 3: Percampuran Kod Dalam Bahasa Melayu.

Percampuran kod adalah satu keadaan di mana penutur berbicara menggunakan dua atau lebih bahasa sama ada  bahasa-bahasa besar seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil ataupun menggunakan dialek atau ideolek. Percampuran kod berlaku apabila sipenutur mengetahui lebih daripada satu bahasa dengan kata lain penutur ini adalah dwibahasaan. Dwibahasaan dikenali juga sebagai bilingualisme, di mana penutur menggunakan dua bahasa dalam kehidupan hariannya. Penutur menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa basahannya di mana seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti contohnya sekejap Melayu sekejap Inggeris dan seterusnya. Contohnya adalah seperti berikut.


Penutur A:Tuan Pengerusi, saya pada dasarnya menyokong pendapat tuan tetapi we must be careful not hurt the feeling of the public.
Penutur B:Yes, yes, I agree with you. Bagaimana pendapat orang lain.


Rumusan:
Percampuran kod ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kiralah dalam situasi formal atau tidak formal. Hal ini demikian kerana, percampuran kod bahasa telah menjadi fenomena biasa bagi semua masyarakat dunia. Penutur yang boleh berbahasa lebih daripada satu, tidak kira bahasa utama atau dialek-dialek daerah secara sedar atau tidak akan mencampurkan bahasa-bahasa yang diketahuinya mengikut situasi semasa. Oleh itu, percampuran kod bahasa boleh menyebabkan pencemaran bahasa sekaligus merosakkan bahasa melayu itu sendiri. Kesimpulannya kita sebagai orang Melayu mestilah memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di mana sahaja kita berada.

P/s: Cintailah Bahasa Kita..Kalau bukan kita siapa lagi..




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hey buddy that was a gud post
lot of quality stuff and essential information
1996 Mazda Millenia AC Compressor

Catat Ulasan