Rabu, 14 Mac 2012

Sosiolinguistik 8: Kurik Kundi

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi, Yang indah itu bahasa.

Sewaktu aku membuka radio Muzik fm sebentar tadi, secara tidak sengaja aku terdengar lagu Kurik Kundi dimainkan diradio yang dinyayikan oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Hatiku terdetik dan kagum dengan lirik-lirik yang ditulis dalam lagu tersebut. Setiap kata-kata yang disampaikan mempunyai maksud yang yang tersendiri sama ada maksud itu tersirat mahupun tersurat. Inilah yang dikatakan hiburan boleh memberi perkembangan positif kepada memertabatkan bahasa Melayu itu sendiri.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa,
Rumusan:
Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

P/s: Budi dan bahasa yang sungguh elok diolah seperti dalam permainan tradisional batu seremban boleh memberikan kesan yang mendalam kepada pendengar jika dijadikan lagu. 

1 ulasan:

Hidayat Master berkata...

bagus tulisan tuan..indah budi, indahlah bahasanya.
terkesan pada saya.

Catat Ulasan