Selasa, 6 Mac 2012

Sosiolinguistik 2:Budi Bahasa Budaya Kita..Wajah Kita!

Kali ini saya ingin menceritakan tentang satu situasi atau budaya manusia zaman sekarang yang tidak menghormati orang yang lebih tua dari kita. Situasi ini dapat aku saksikan secara langsung ketika sedang berada di Hentian Bas di Terengganu. Berikut merupakan antara komunikasi atau gaya bahasa yang digunakan oleh masyarakat di situ yang sempat aku imbas kembali dalam mindaku.

Pemandu bas     :Yaaa...cepat-cepat naik.. bas untuk ke Seremban.
Anak muda 1     :Mamat tu pon bas dah sampai.. jom cepat2 nanti kena berdiri plak. 
Anak muda 2     :Ish orang tua nie sebok nak berebut jugak..taw daa tua nak naik bas buat apa..teksi kan.. ada..menyusahkan saje      
Makcik Tua       :Maaf anak, budi bahasa budaya kita taww.. [Sentap anak muda tersebut].


Rumusan:
Kita sebagai masyarakat Malaysia yang dididik dengan budaya dan adat ketimuran seharusnya tahu untuk berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tidak ada guna sekiranya seseorang itu berjaya dalam kehidupannya jika tidak mempunyai gaya percakapan atau bahasa yang sopan santun. Oleh itu kerajaan telah menjalankan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

P/s:Tidak akan hilang Melayu di dunia....Budi Bahasa Budaya Kita..Wajah Kita!

0 ulasan:

Catat Ulasan