Rabu, 21 Mac 2012

Sosiolinguistik 13: Indahnya Pantun Kita.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasayang digunakan sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.

Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak zaman berzaman. Dalam pantun, tersirat satu bentuk ucapan yang mengungkapkan rasa hati, melahirkan idea serta fikiran tentang kehidupan dalam rentak irama yang menarik dan menawan. Antara pantun yang masih saya ingat sampai sekarang dan menjadi salah satu pegangan dalam hidup ialah pantun berunsur nasihat.  

Daun sirih ulam Cik Da       

    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi


P/s: Pantun ini menjelaskan kepada kita untuk sentiasa merendah diri dalam apa juga situasi meskipun kita telah berada pada tahap yang tertinggi. 

0 ulasan:

Catat Ulasan