Isnin, 26 Mac 2012

Sosiolinguistik 16: Kajian tentang Konsep Warna dalam Dialek Terengganu (Siri 2)


Konsep warna

     Dalam dialek Terengganu, terdapat banyak warna yang dituturkan menggunakan dialek Terengganu dalam kehidupan seharian mereka. Akan tetapi secara khususnya terdapat beberapa warna yang utama dalam dialek Terengganu iaitu putih, hitam, merah, hijau, kuning, hijau dan biru. Empat dari warna-warna tersebut boleh dikatakan sebagai warna asas iaitu puteh, hitam, merah dan hijau. 

       Seperti dialek-dialek di negeri lain, dialek Terengganu turut disertakan dengan tiap-tiap kata nama yang mempunyai tambahan-tambahan yang berkaitan dengan bunga-bungaan, daun-daunan dan juga benda-benda alam lainnya untuk menyatakan berbagai-bagai kelainan dari warna itu. Akhiran 'n' dalam sesuatu perkataan di tambah dengan huruf 'g'. Contoh perkataan dan contoh ayat dalam dialek Terengganu dapat ditunjukkan pada jadual di bawah ini.

Ejaan baku
Sebutan standard
Ejaan dialek dalam perkataan biasa

Sebutan sampel
Sebutan dialek

Merah

[ me͂ rôh]

Meroh merang
Meroh daroh ikang
Meroh jambue

[məroh meraŋ]
[məroh daroh ikaŋ]
[mƏroh jambue]

[məroh meraŋ]
[məroh daroh ikaŋ]
[mƏroh jambue]

Puteh

[PutƏh]

Puteh lepuk
Puteh siot

[putεh ləput]
[PutƏh siot]

[putεh ləput]
[PutƏh siot]

Hitam

[Hitam]

hitang legang
hitang maneh

[hitaŋ legaŋ]
[hitaŋ manƏh]

[hitaŋ legaŋ]
[[hitaŋ manƏh]

Hijau

[Hijau]

ija pucuk pisang
ija tuee
ija mude
ija pekak

[ija pucuk pisaŋ]
[ija tuƏ]
[ija mudƏ]
[ija pekok]

[ija pucuk pisaŋ]
[ijautuƏ]
[ija mudƏ]
[ija pekok]

Terdapat banyak lagi konsep warna yang dituturkan mengikut loghat ataupun dialek terengganu yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Disamping empat warna yang utama dalam masyrakat Terengganu dan terbitan-terbitannya itu, terdapat juga rujukan warna yang tidak menggunakan sebarang kata warna, tetapi disebaliknya menimbulkan konsep warna dengan memilih benda-benda yang dicirikan oleh warna-warna tertentu. Misalnya pucuk pisang, kulit manggis, buah langsat dan sebagainya. 

Dalam menggunakan ungkapan-ungkapan ini tidak diperlukan bantuan sebarang kata nama warna. Misalnya ” warna kulit ayah itu seperti buah langsat”. Secara kesimpulannya boleh dinyatakan bahawa pada mula-mulanya dialek Terengganu mempunyai sistem empat warna asas yang berkembang menjadi kepada banyak warna-warna yang seterusnya. Dialek Terengganu juga menunjukkan bahawa dialek Terengganu secara langsung membuat rujukan kepada benda-benda untuk menyatakan warna, dan ini adalah satu petunjuk tentang cara tunbuh dan kembangnya konsep warna pada amnya.

Contoh Penggunaan Perkataan dalam Ayat:

        i.            /# baju adək warnã  ija pucuk pisaŋ #/
/# baju adik berwarna hijau pucuk pisang #/

      ii.            /# səlεndaŋ itu bərwanə məroh daroh ikaŋ #/
/# selendang itu berwarna məroh darah ikan #/


P/s: Data ini merupakan sebahagian daripada tugasan untuk kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang telah saya lakukan melalui temu bual masyarakat Terengganu.

0 ulasan:

Catat Ulasan